Tuesday, May 3, 2011

Doa Pendinding Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh....


Doa Pendinding Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam





Maksudnya:''Rasul telah beriman kepada Al-quran yang diturunkan kepadanya dari TuhanNya, Demikian pula orang-orang yang beriman.Semuanya beriman kepada Allah,Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya (Mereka mengatakan): " kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan:" kami dengar dan kami taat", (mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada engkaulah tempat kami kembali'' (285)

Maksudnya:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami janganlah engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan orang-rang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yangkami tak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kamiterhadap kaum yang kafir" (286)




Alhamdulillah....baru diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu lagi di blog tasbih mutiara ini...harap sahabat2 semua sihat alhamdulillah dan sentiasa berada dalam lindugan dan rahmat Allah s.w.t selalu hendaknya...Pada kali ini elok rasanya sy berkongsi doa bersama anda yang membaca laman blog sy....iaitu (Doa Pendinding Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam )


Para Pembaca yang dikasihi Allah swt sekalian,
Saban hari Ilmu hitam,sihir,mempercayai bomoh bukan sahaja kita dengar pada zaman dahulu sahaja..... malah sejak-sejak ini juga perkara ini boleh berlaku dengan beberapa sebab,Antaranya :-

>Dendam
>Dengki
>Mengikut kata hati atau bisikan Syaitan


Para Pembaca yang dikasihi Allah swt sekalian,
Syaitan telah berjanji kepada Allah swt yang dia ini akan menggagu dan menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.Apakan pentingnya amal ibadah kita kepada Allah swt pada setiap hari???Kerana dengan amal ibadah inilah yang boleh menjadikan kita lebih dekat denganNya...Kerana Apapun Tuhan yang ada dimuka bumi ini semua tidak boleh dipercayai...Hanya Allah yan wajib diyakini,disembah dan dipercayai. Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah bukan yang selain Allah.Manusia yang mempercayai perkara2 yang tidak binar ini adalah manusia yang tidak yakin dengan ketentuan Allah swt...iaitu dipanggil juga melanggar takdir..Apa itu takdir?Takdir ialah ketentuan qada' dan qadar Allah swt kepada setiap manusia...sama ada Ajal maut,jodoh,rupa,bentuk,sakit,rezeki, Semua itu datangnya dari Allah dan wajib redha dan mempercayainya.



Para Pembaca yang dikasihi Allah swt sekalian,
Banyak perkara yang kita dengar sejak2 ini Contohnya "Nasi kangkang".
Bila terjadinya situasi yang macamni???Ini boleh berpunca kepada bermacam2 perkara,Contohnya mungkin mempunyai seorang isteri yang materialistik ataupun mksdnya gila harta terlalu bangga dengan kekayaan yang suaminya ada....mungkin si suami memberikan kepada ibunya wang perbelanjaan pada setiap bulan,jadi mungkin si isteri takot wang atau harta suaminya itu akan semangkin kekurangan apabila diberikan kepada ibunya pada setiap bulan.Mungkin si isteri hendak bercakap kepada suaminya takut atau xsampi hati,jadi mengikut cara yang halus dan dengan dorongan syaitanmaka si isteri ni carilah jalan yang terakhir tanpa memikirkan mudarat dan hukum Allah swt dia berjumpalah dengan seorang bomoh untuk menyihirkan si suaminya itu supaya suaminya itu tidak berbuat sedemikian pada setiap bulan.


Para Pembaca yang dikasihi Allah swt sekalian,
Apakah akibat dan hukum membuat "Nasi kangkang" ini????
Memberi suami makan benda-benda yang kotor tanpa apa-apa amalan atau mentera pun boleh memberi kesan pada tubuh badan suami itu menjadi bodoh dan lemah. Inikan pula memberi suami makan nasi kangkang atau nasi tangkas serta dibacakan mentera lagi kuat iblis dan syaitan itu melemahkan suami waima seorang ustaz pun jika diizinkan oleh Allah SWT. Tapi tanggunglah dosa besar ini sehingga hari akhirat.Banyak ayat-ayat suci Al-Quran untuk penambat hati - surah Nabi Yusof, doa An-nur semua ada....cuba selak-selak ayat quran atau buku doa memang ada. Jika sayang suami atau isteri anda. Jauhkan diri dari perkara-perkara ini termasuk ilmu pengasih yang diperolehi dari bomoh-bomoh yang menggunakan jin dan syaitan. Jangan lakukan amalan khurafat dan syirik ini. Amalan ilmu hitam ini sangat dikeji oleh Allah SWT.


Para Pembaca yang dikasihi Allah swt sekalian,
Cara membuatnya: .......Tak payah ajar caranya nanti ada yang ikut! takut wanita yang cetek agamanya sanggup melakukannya.

Cara mengelaknya:
Bagi lelaki yang rasa khuatir atau curiga dengan tindak tanduk isterinya, selalulah dia amalkan membaca Al fatihah dan Ayat Kursi serta doa pelindung.


Seeloknya bagi para isteri tak perlulah menundukkan suaminya. Rumahtangga itu haruslah dibina dengan perasaan “sakinah” (tenang) dan “mawaddah” (kasih sayang).



Para Pembaca yang dikasihi Allah swt sekalian,
Menurut Wahid Abdul Salah Bali, perbuatan seperti ini ada kalanya menjadikan perkara sebaliknya berlaku, di mana suami membenci isterinya ataupun membenci semua perempuan termasuk isterinya, yang mana akhirnya pasangan ini berpisah juga.

KESAN sihir jenis ini boleh terjadi sebaliknya menyebabkan suami membenci semua perempuan termasuk isteri, ibu, adik-beradik, bapa saudara dan semua mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan.
Suami kadang-kadang sakit kerana bahan yang dimakan mengandungi bahan-bahan kotor dan najis.



Para Pembaca yang dikasihi Allah swt sekalian,
Ilmu dari iblis hanya akan bertahan sementara kerana Yang Berkuasa keatas segalanya adalah Yang Maha Esa. Pagarlah diri anda dengan zikirullah semuga dilindungi dari Iblis yang dilaknat oleh Allah SWT. Bacalah doa dan surah yang disediakan di dalam Kitab suci Al-Quran yang agung untuk mengelakkan perkara keji ini berlaku.



Astagfirullahalazim........

Astagfirullahalazim........

Astagfirullahalazim........

Astagfirullahalazim........

Astagfirullahalazim........



wanauzubillah himinzalik!!!!!!


Moga doa ini dapat memberi serba sedikit manfaat buat kita semua dan sampai2kanlah kepada mereka yang belom tahu....agar kita sama-sama memperolehi keredhaanNya.....


InsyaAllah....Amin Ya Rahman Ya Rahim =)

Segala yang baik datang dari Allah swt...dan yang burok datangnya dari kekurangan diri sy sendiri...yang baik ambillah jadikan ikhtibar yang burok buang jauh-jauh dijadikan sempadan dan pengajaran...

Jazakumullahkhairankashiran =)



1 comment: